Friday, September 18, 2015

Explore Songkhla-Hatyai

Assalamualaikum Hari ketiga di bumi Songkhla, dan hari ni adalah hari cuti hujung minggu, memberi kesempatan untuk kami berehat sebaik mungkin dengan keletihan hari semalam. Kami mengambil kesempatan untuk melawat sekitar hotel dan meninjau tempat2 menarik di sekitar Songkhla. Kami cuma 'berkelah' di tepi hotel memandangkan hotel terletak di tengah2 pusat pelancongan. Pertama kali, kami lihat, pantai di sini sangat bersih. Kami juga pelik, sehingga kami tercari2 mana letaknya tong sampah, kerana sepanjang kami berada di sini memang susah nak jumpa tong sampah dan juga sampah. Bayangkan kalau pusat pelancongan sebegini di Malaysia. Hmm..tak perlu saya ceritakan kiranya ia sekadar membuka pekung di dada. Saya memerhatikan apa yang penduduk setempat buat dengan sampah/plastik makanan yang mereka beli (sekitar pantai ada dijual makanan ringan dan fastfood spt sosej), rupanya mereka bawa balik sampah tersebut. SubhanaAllah.. Mengucap panjang saya, kalau lah di negara sendiri begini.. Masyarakat di sini jg pada pemerhatian saya sgt amanah dan jujur. Ini kerana, kami blh meminjam tikar drpd penjual makanan ringan di sekitar sekiranya kami ingin bersantai makan di situ. Apa yg saya perhatikan tidak ada seorang pun yang mengambil kesempatan untuk mencuri atau membiarkan saja tikar tersebut. Dah ambil, makan n pulangkan. Sekali lagi saya terfikir, kalau la di Malaysia begitu.. Keesokan harinya, suami telah menghubungi rakannya dari Pattani untuk membawa kami berjalan di sekitar Hatyai. Boleh la kami membeli sedikit barang keperluan terutama 'diapers' Nazmi dan sedikit makanan tambahan. Pada masa ini, merupakan musim buah di sini. Kenyang kami makan buah-buahan. Dan paling menerujakan kami terutama marsya adalah buah Strawberry. Mungkin memang musimnya, jadi banyak di jual ditepi2 jalan dengan harga cuma 20thb. Keterujaan kami tu membuatkan kami memborong strawberry sehingga kami semua kekenyangan dengan strawberry. Berbalik pada cerita Hatyai, jarak perjalanannya dalam 45km dan mengambil masa lebih kurang 40min dari Songkhla. Di Hatyai, tidak sukar utk kami mendapatkan restoran halal kerana banyak restoran menawarkan makanan yang sedap dan murah. Kami pulang ke hotel menjelang malam. Anak2 sgt teruja dengan pengalaman baru mereka ini. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum terlupa, Samila Beach hotel ni ada siaran tv3 dari Malaysia, jadi xde la kami boring sangat. Kami juga membeli simcard sementara utk memudahkan kami berhubung dengan family di kampung. Yang paling best, di sini 'murah' WiFi..kat mana2 je ada WiFi..best kan!!.

Lapor Diri

Assalamualaikum Hari kedua berada di bumi yg agak asing bagi kami, membuatkan kami terasa rindu Malaysia yg baru kami tinggalkan. Hari ni, suami saya perlu melapor diri ke Konsulat General Malaysia di Songkhla. Jarak dr hotel kami dalam 3 kilometer sahaja. Sementara suami melapor diri ke pejabat, saya mengambil kesempatan untuk berehat Dan membawa anak2 ke swimming pool. Cuaca di Songkhla pada ketika itu berangin dan sejuk, kami tidak berlama di kolam kerana anak2 saya tak tahan sejuk. Untuk pengetahuan, Songkhla ni merupakan teluk, jadi Songkhla dikelilingi oleh pantai. Hanya beberapa meter saja jarak hotel dengan pantai. Jadi kami taklah boring sangat dengan ketiaadan sementara suami. Banyak aktiviti yang kami boleh lakukan, cuma saya sedikit takut sebab belum biasa dgn kawasan tersebut. Tghari, suami saya bawa balik nasi putih dan lauk telur seakan telur kicap tapi sup. Sampai sekarang pun saya x tau nama masakan tersebut. Kata suami saya, ada kawasan Muslim tidak jauh dari hotel kami. Jadi kami boleh dapatkan bekalan makanan halal dengan mudah. Alhamdulillah..tak lah saya risau sgt. Sekurangnya kalau saya malas masak, ada tempat untuk saya beli lauk yg dah siap..hehe. Hari kedua ni kami cuma melawat sekitar hotel shj, dan cuba beradaptasi dengan suasana yg baru ini. Kami berjalan2 sekeliling hotel dan ke tempat2 menarik di sekitar hotel termasuk lah tempat 'Patung Duyung', mercu tanda Songkhla.

Monday, September 14, 2015

Kembara Bermula

Assalamualaikum Pengembaraan kami bermula 31 Januari 2013. Kami menaiki penerbangan AirAsia KUL- HDY dr LCCT jam 12.30 tghari dan tiba dia Hadyai International Airport pd jam 12.30 tgahri waktu Thai. Beza waktu Malaysia Dan Thailand cuma satu jam..lewat satu jam. Untuk pengetahuan juga, penerbangan dr KL ke Hatyai cuma ada sekali sahaja sehari kecuali hari minggu. Jadi sesiapa yang ingin ke sini menaiki pesawat, memang tiada pilihan selain AirAsia dan utk waktu tersebut sahaja. Ketibaan kami disambut oleh 'boss' suami saya. Beliau telah 3 tahun bertugas di Songkhla. Seorang berbangsa India tetapi fasih berbahasa melayu, Kelantan dan jg bahasa Thai. Kami kemudiannya dibawa ke border Bukit Kayu Hitam utk mengambil kereta kami yg telah suami saya hantar beberapa hari sebelum melalui Kedah. Untuk pengetahuan juga, bagi sesiapa yang ingin melancong ke sini, selain menggunakan pesawat, boleh juga berkereta atau bas dan keretapi melalui Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Kami berhenti rehat dan makan sebewerentar di Dannok. Di Dannok ada banyak pilihan restoran Muslim. Jadi takde la kami susah payah nak fikir untuk makan kat mana. Yang paling penting, semua makanan sedap2 belaka. Perjalanan dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam mengambil masa selama dua jam. Hari yang agak memenatkan bagi kami dan Alhamdulillah Nazmi ketika itu, tidak langsung merengek. Nazmi sangat well behave. Kami kemudiannya balik semula ke Songkhla dan tiba di Hotel Samila Beach pada jam 6 petang. Kami akan transit di sini selama lima hari sebelum masuk ke kuaters di Konsulat General Malaysia Songkhla. Penat tak terkata, nasib baik malam tu kami di bawa keluar makan bersama keluarga Tuan Anbalagan.. Boss suami saya tadi. Keluarga yang baik dan kami juga bakal berjiran. Malam tu kami cuma balik hotel dan tidur kerana kami yakin esok pasti lebih memenatkan dari hari ini.

Saturday, September 12, 2015

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Setelah hampir tiga tahun berada di Bumi Gajah Putih ini, rasanya seru untuk terus menulis dan berkongsi penagalaman sepanjang berada telah tiba. Kalau sebelum ini saya menulis untuk diri sendiri dan sekadar bercerita tentang aktiviti keluarga, saya merasakan tidak salah untuk saya berkongsi kisah suka duka sepanjang saya di sini, sepanjang sayaenjadi tunggak kepada keluarga saya secara sepenuh masa. Saya masih ingat ketika saya pertama kali mendapat berita bahawa suami saya diarahkan untuk bertugas di Bumi Gajah Putih ini, perasaan saya bercampur baur, pertama kerana saya perlu mengambil cuti tanpa gaji, pada fikiran saya ketika itu, saya akan merindukan rutin saya selama ini, berhabis masa bersama rakan2, bersosial dan yang paling penting saya dah tidak bergaji. Dalam masa yang sama, saya sangat bersyukur kerana pada masa itu saya masih dalam pantang melahirkan Mohammad Nazmi Adha. Rezeki Nazmi dan si kembar Mohammad Nazrin Ezzat dan Marsya Nazneen Ezzah untuk berada sepenuh masa di bawah jagaan saya. biar pun untuk hanya beberapa tahun, sekurang2nya mereka berpeluang untuk bermanja bersama saya sepenuhya. Sesungguhnya saya amat bersyukur, apalah sangat gaji saya yang tak seberapa berbanding dengan kegembiraan yang bakal saya kecapi bersama anak2 dan suami nanti. Tarikh 1 Feb 2013, bermula lah pengembaraan saya di bumi yang sedikit asing bagi saya ini. m